KMNS
Post yang kedua ialah mengenai Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. KMNS di hatiku..huhu
Sebelum ni, tak pernah terfikir pun untuk masuk matriks ni ,sebab diorang kata matriks ni susah, penat, macam2 lah..Memang diriku pon berhasrat untuk tidak masuk matriks dek kerana takut. Namun , apakan daya keputusan upu yang ditunggukan sedikit menghampakan kerana dapat kos yang kurang diminati iaitu Sains Matematik di UITM Segamat. Oleh hal yang demikian, saya menggagahkan diri dan bersedia untuk ke matriks.Maka bermulalah perjalanan hidupku sebagai pelajar di KMNS ini.
Pertama sekali, saya berasa beruntung kerana mendapat bilik yang berdekatan dengan dewan kuliah mahupun kafe iaitu Blok A1, Jauhari. Masih menjadi tanda tanya mengapa blok ini dinamakan Jauhari. Pada hari pertama pendaftaran, saya adalah orang pertama yang memasuki bilik yang ditentukan dan pada hari itu jugalah saya tidak mempunyai roomate . Namun demikian, Alhamdullilah bersyukur kepada Allah kerana bilik dihadapankan merupakan schoolmate ku..Maka,saya tidak risau jika tidur keseorangan pada malam pertama di matriks. Pada malam pertama itu saya ditemani oleh rakan baharu yang bernama Yana yang juga tidak mempunyai roomate serta berasal dari Johor. Saya tidak tahu bagaimana boleh berkenalan dan berani mengajaknya untuk tidur di bilikku meskipun baru sahaja mengenali dirinya.Mungkin dia seorang yang peramah dan baik hati yang membuatkan orang disekelilingnya selesa untuk bergaul dengannya.
Seterusnya,inginku bercerita mengenai roomate ku yang dikenali pada hari kedua ku di matriks.
Kedua-dua roomate ku berasal dari Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya merasakan budak bandar ini sombong dan sebagainya. Namun,tafsiran ini salah kerana mereka amatlah baik dan sporting. Pertama, Zura yang pada mulanya agak pendiam..haha..Namun,setelah mengenalinya dia ialah seorang yang amat peramah dan suka bercerita. Setiap hari ada sahaja cerita baru yang ingin diceritakan. Yang kedua pula ,Afiqah yang merupakan satu kuliah denganku. Dia juga seorang yang baik dan peramah . Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai roomate yang baik seperti mereka.
Inilah Blok Jauhari, Blok A
No comments:
Post a Comment