Sunday, 2 October 2016

Myself

Assalamualaikum,
  
Terlebih dahulu , diri ini ingin berterima kasih kepada lecture sn.comp amali kerana telah mengajar diriku untuk membuat blog ini...Terima Kasih cikgu..

    Tajuk post pertama ialah Myself. Ermm, diriku hanyalah insan biasa namun, akan cuba untuk menjadi seorang insan yang luar biasa kelak. In sha Allah.

    Nama diberi Siti Rozaliana Binti Sa'adon. Dilahirkan pada 12 Mei 1998 di hospital Mersing, Johor.
Haa,korang tahu tak kat mana Mersing? Mesti ramai yang tertanya tanya kan? Mersing ni bukanlah sebuah bandar yang besar namun hanya sebuah pekan kecil yang agak maju dek kerana menjadi pusat pelancongan perantaraan untuk pergi ke Pulau Tioman,Pahang kerana disediakan jeti untuk ke sana yang hanya mengambil massa hampir 3 jam. Sudah menjadi kebiasaan ,pada musim perayaan mahupun cuti sekolah, Mersing akan menjadi sesak oleh pelancong asing dalam negara mahupun luar negara yang singgah sebentar di bandar untuk ke Pulau Tioman tersebut.Mersing juga mempunyai keindahan dan keunikan pantai yang tersendiri .Antara salah satu Pantai tersebut ialah Pantai Air Papan yang memiliki pntai yang bersih dan airnya yang biru yang menenangkan.
                                               Lambang yang korang dah sampai Mersing

                              Okeh inilah Pantai Air Papan, biru dan bersih serta menenangkan
                                                         Dataran Air Papan

   Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sahaja.Tidak seperti insan yang lain yang lebih bertuah dan beruntung. Namun, saya tetap bersyukur kepada Allah kerana telah melahirkan diri ini di dunia ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada abah dan emak yang telah membesarkan kakak dengan pendidikan,ajaran agama dan kasih sayang yang telah diberikan selama ini. Abahku, Sa'adon bin Mat Ariff seorang yang penyayang dan penyabar. Beliau telah bersara daripada pekerjaannya yang dahulu iaitu hanyalah seorang pekerja kilang sawit. Namun begitu,beliau tetatp berusaha yang terbaik untuk menyara kami sekeluarga. Emakku, Rojana binti Bekeri seorang "cleaner" di sebuah Pejabat Pelajaran daerah Mersing. Beliau seorang yang luar biasa bagiku kerana, beliau pandai memasak, menjahit,meggubah hantaran dan memasak hidangan pengantin. Beliau juga seorang ibu yang penyayang,peramah dan berani..Tidak sepertiku yang malu dan penakut..uhukss..

     Saya juga mempunyai lima orang adik beradik, tiga lelaki dan dua perempuan. Abangku, Hairul merupakan anak sulung dalam keluargaku ini. Kedua,  diberi nama Hairuddin . Ketiga ialah diriku, Siti Rozaliana  yang merupakan anak perempuan sulung . Keempat adikku Hisyam dan  kelima Siti Nor Syairah. Ketiga-tiga lelaki diberikan nama depannya 'H' .Manakala, anak perempuan diberikan depannya Siti dan ini hanyalah kebetulan sahaja dan tidak membawa sebarang maksud.
       

2 comments: